|
|
Page Information
| Page Name | Connection |
| Description | Connection adalah laman web rangkaian sosial yang memupuk interaksi dan pertalian diantara para penggunanya. Para pengguna Connection terdiri daripada kelompok yang luas. Para pelajar menggunakan Connection untuk berkomunikasi dengan rakan mereka melalui fungsi ekspressi "Status" mereka, berkongsi nota, dan saling berhubung di dalam persekitaran yang selamat.
Secara umumnya Connection digunakan untuk mencari kawan, berkongsi gambar, menulis nota atau blog melalui aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam Connection. Para pengguna Connection diberi kapasiti simpanan gambar tanpa had, dan profile mereka diselaraskan sekemas dan sepadat mungkin supaya mudah diuruskan.
Connection adalah percuma dan terbuka kepada semua pengguna. Pengguna Connection boleh menambah kawan, menghantar mesej, membentuk profile peribadi dan mengemaskini status mereka kepada kawan-kawan mereka yang lain. Profile pengguna Connection juga boleh diselaraskan sebagai "dilindungi"; iaitu hanya boleh dilihat oleh rakan pemilik profile itu sahaja.
Connection 'Beta' yang dilancarkan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh para pelajar sekolah, kolej, universiti dan masyarakat umum untuk mereka berinteraksi dengan selamat, pantas dan berkesan.
Applikasi menarik di dalam Connection: - Super Feeds: Para pengguna Connection diberi fasiliti mudah untuk menggabungkan isi kandungan RSS blog mereka dan "Twitter Status" mereka di dalam Profile peribadi. - Pages (Fans of): Sekolah, Universiti dan Syarikat yang dimiliki oleh para pengguna boleh diabadikan melalui applikasi mudah ini. Laman rasmi sekolah/universiti/syarikat/tokoh dapat dibina dengan pantas dan kemas. Para pengguna yang lain juga diberi peluang untuk menjadi peminat kepada idol mereka.
|
| Category |
Business - Brands |
| Web: |
|
 No photos have been added to this Page yet.
|
1 replies |
|
|
3 month(s) ago
|
|
|
|
Member Login
 or sign in via
|
|