|
|
Page Information
| Page Name | Sekolah Berasrama Penuh (SBP) |
| Description | Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terhad kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa.
1. Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif. 2. Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara. 3. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat. 4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia. 5. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja. 6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP. 7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang. 8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP. 9. Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana. 10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud tuntutan wawasan 2020.
|
| Category |
Educational Institutions - School |
Updated 3 day(s) ago Member Rank: Owner
|
|
Member Login
 or sign in via
|
|