
Qantas-A380 di atas awan Australia
Perjalanan ke Shanghai untuk conference awal bulan September 2009 lepas mengambil masa sembilan jam. Bertolak pagi dan sampai di Lapangan Terbang Pudong lewat petang, yang masanya 2 jam lagi lambat dari Australia.
Masa tu hujan lebat, cuaca yang panas & lembap agak selesa, teringat kampung halaman, Malaysia
. Pergi naik kapal terbang besar, tidur nyenyak & nyaman tanpa gegaran enjin atau rintangan angin. Tapi balik pula, udara China penuh dengan awan berat. Hujan sepanjang balik, bising, gegar.
Tapi emosi 'travel' memang seronok. Biarpun tak banyak benda yang boleh dibuat, tapi hati rasa lapang, senang nak berfikir. Baca buku yang lain sikit, tengok movie yang lain sikit, tengok tempat yang bukan biasa.

Shanghai Times Square
Sayangnya Shanghai di tahun 2009 bukanlah masa yang sesuai untuk dilawati. Tunggulah 2010, siap sepenuhnya metropolis kebanggaan China ini.
Nasib baik dapat sampai ke "The Bund", tempat untuk tawar-menawar sutera cina yang terkenal tu
. Lain kali boleh datang lagi.